Pages

Tuesday, December 8, 2009

DUNIA

Seekor musang ingin memasuki sebuah dusun buah anggur melalui lubang di pagar yang dibuat daripada batu. Musang tersebut mencuba sedaya upaya tetapi gagal kerana lubung itu agak kecil sedikit. Terlalu ingin makan buah dalam dusun itu, maka musang itu terpaksa melaparkan diri dan akhirnya berjaya masuk ke dalam dusun itu. Makan dengan sepuas-puasnya, musang itu menghadapi masalah pula untuk keluar semula. Terpaksa melaparkan diri sekali lagi bagi menyelamatkan nyawanya. Bila dapat keluar dari pagar itu, musang itu baru sedar sebenarnya tiada apa-apa perbezaan antara sebelum dan selepas.

Dalam kehidupan kita, kita sering mengejar kekayaan, kedudukan, kuasa dll. Selepas menikmati dan memperolehi perkara-perkara itu, kita baru sedar sebenarnya keadaan tidak ada apa perbezaaan. ANDA TETAP ANDA.

Dalam kehidupan kita, tidak salah kita mengejar kemewahan, kesenangan melalui usaha dan kerja bersungguh-sungguh. Tetapi dalam proses itu, kita tidak patut atau perlu menfitnah, membuat tomahan, memijak, menganiayakan orang lain demi kepentingan kita. Perlu diingatkan bahawa kita datang ke dunia ini tanpa apa-apa dan kita kembali juga tidak akan membawa apa-apa. Dunia hanya sementara sahaja !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.

No comments: