Pages

Friday, November 20, 2009

sabar dan sabar lagi

Cerita tentang kesabaran lagi :

Dalam satu majlis meraikan ulangtahun perkhawinan yang ke 55 seorang pemberita menanya kepada ‘ pengantin lelaki ‘ tentang petuanya awek muda. Beliau dengan tenangnya jawab bahawa satu perjanjian antara dia dan isteri telah dicapai di mana selepas khawin jika timbul masalah pihak yang salah dikenakan denda membuat senaman mengeliling halaman rumah. Maka untuk makluman sepanjang 55 tahu perkhawinan dia sahajal yang kena denda.

Cerita memang lucu tetapi kalau direnung, KESABARAN seseorang itu akan mereda, mententeram serta meminimakan ketegangan keadaan. Sesuatu pertingkahlan lidah atau pergaduhan berlaku kadang-kadang berpuca daripada yang terlibat itu tidak siasat, tidak sabar, meninggi diri serta cepat menghukum dan menuduh.

Bersabar bukan mengaku kalah. Hormatilah diri anda dan pihak lawan. Menghadapi segala cabaran setiap hari dengan penuh keyakinan dan KESABARAN. Kejayaan sentiasa bersama kita.

Thursday, November 19, 2009

SABAR

Seringnya kita dapati bahawa kereta pertama tidak bergerak bila warna lampu isyarat telah tukar hijau keadaan sedemikian akan berlaku :

1. Kereta belakangnya akan membunyikan horn dan lebih-lebih lagi bila memotong kereta tersebut akan jering pemandu tersebut.

2. Pemandu dibelakangnya akan marah dan tunjuk isyarat yang tidak sopan dalam keretanya.

3. Pemandu yang sabar akan tunggu sehingga kereta depannya bergerak.

Apakah perasaan kita bila kereta belakang kita membunyikan horn, menjerit dan menjering kita ? Kita bukan setakat memikirkan diri sendiri kita juga perlu jaga perasaan orang lain. Kalau kita tidak suka orang lain bertindak demkian maka kita perlu mempunyai pemaafan, kesabaran, serta berhemah tinggi.

KESABARAN seperti ditaksirkan di TONGGAK 12

SABAR ITU SALAH SATU DARI CABANG IMAN SEPERTI KEPALA SEBAHAGIAN DARIPADA TUBUH BADAN’