Pages

Tuesday, September 15, 2009

SEDAP SEKETIKA PAHIT KEMUDIAN

Ceritanya : Manusia tahu daging panggang sedap. Maka untuk makan daging panggang, caranya adalah mengepong binatang itu dalam satu rumah dan dibakarnya.

Ceritanya memang lucu, memang tidak bertamadun. Negara-negara yang mengalami kekecohan dan pergolakan adalah kerana rakyatnya tidak berkerjasama, tamak kuasa serta tidak bertanggungjawab.

Negara kita Malaysia telah 52 tahun merdeka. Kemakmuran, keamanan, kestabilan dan kemajuan negara adalah hasil perjuangan pemimpin-pemimpin yang cekap dan bertanggungjawab. Adalahkah kita kerana ingin menikmati daging panggang sehingga musnahkan RUMAH KITA.

1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN PENCAPAIAN DIUTAMAKAN “

Monday, September 7, 2009

PESAWAT MALAYSIA

PESAWAT MALAYSIA

Ibaratlah negara kita sebagai sebuah pesawat yang pasangan juruterbangnya baru diganti kerana pesawat Malaysia yang dipandu oleh juruterbang yang lama telah berjaya dan selamat mendarat. Rakyat Malaysia selaku penumpang dalam pesawat ini perlulah berkerjasama dan bertertib dalam pesawat ini agar juruterbang dan anak kapalnya dapat mengawal dan menuju ke destinasi 1MALAYSIA dengan lebih sempurna, selamat dan cemerlang.

Jika pesawat terhempas kerana berlakunya kekecohan, ketidak tenteraman semasa penerbangan dalam pesawat. Siapa akan rugi ???? Fikirlah anda !!!!


1MALAYSIA, RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN