Pages

Wednesday, October 14, 2009

WORK SMART vs WORK HARD

Seorang pemotong kayu berusaha mendapat pendapatan yang lebih dengan bekerja tanpa berhenti. Akan tetapi semakin bekerja keras hasilnya pula semakin merosot. Pendapatan rakan-rakan setempat kerja pula tidak terjejas sungguh pun mereka memunyai masa untuk rehat dan masa berceloteh. Tak puas hati maka pemuda berkenaan bertanya dengan rakan-rakannya. Jawapannya “ jangan sagka kami tak buat apa-apa semasa rehat sebenarnya kami gunakan masa itu untuk mengisar parang dan kapak. Anda pula asik gunakan alat pemotong tanpa mengiraukan keadaannya. Berehat untuk penyediaan hadapi cabaran. "
" Seorang pengukir yang mahu menghasilkan ukiran yang bermutu mesti terlebih dahulu mempastikan ketajaman pisau pengukirnya " - pepatah China

Berusaha dengan bersungguh-sungguh menjadi faktor utama kepada segala kejayaan dan kalau dibantu dengan strategi yang sempurna serta terancang maka akan memudahkan tugasan.

“ WORK SMART ” bagi pendapat saya adalah seseorang individu itu perlu menggunakan daya intelektualnya serta digabung dan diimbangkan dengan aspek fizikal dan spiritual supaya segala pilihan dan tugasan yang dibuat dapat menghasilkan sesuatu yang terbaik serta memberi faedah tanpa sebarang pembaziran.