Pages

Wednesday, April 14, 2010

Manusia hidup dalam dunia ini memang penuh dengan perasaan. Kegagalan menguasai perasaan ini kadang-kadang akan bawa perkara yang buruk.


CERITANYA :

Ada seorang remaja tidak pandai menguasai perasaan sehingga sering naik angin sungguhpun menghadapi dengan perkara yang agak remeh temeh. Datuknya sedar keadaannya lalu memberi kepada beliau sekeping papan kayu, sebuah tukul besi serta sebilangan batang paku. Katanya setiap kali marah pakukan sebatang paku ke atas papan kayu itu. Papan kayu itu hanya boleh pulang kepada datuknya bila dia dapat menguasai perasaannya.


Hari demi hari remaja itu pakukanlah sebatang paku ke atas papan itu setiap kali dia tidak dapat mengawal perasaannya. Lama kelamaan beliau yakin telah dapat mengawal perasaannya lalu memulangkan papan kayu itu kepada datuknya. Datuknya meminta beliau cabutkan semua paku dan menunjuk papan yang berlubang-lubang lalu bercakap kepada remaju itu. “ Inilah keadaan hati orang yang dimarah oleh anda selama ini. Betapa sedih dan lukanya hati orang yang kena marah.”

Dalam Kehidupan, kita tidak boleh elak daripada ditimpa oleh kegagalan, tekanan dan kecewaan. Jika perasaan-perasaan ini disimpan, simpul dalam hati tidak akan dibuka, kehidupan kita tidak akan ceria dan sentiasa dalam keadaan stress. Setiap kali berlaku kesalahan, berani menghadapi, mengaku kesilapan serta mencari puncanya. Belajar dari kesilapan tersebut dan ubah sikap, upgrade diri dengan ilmu serta miliki jatidiri yang tinggi agar tidak akan berlaku kesilapan yang sama. Kalau kita dapat amalkan langkah-langkah positif itu, saya yakin percaya masa depan kita akan lebih cemerlang.


BE PATIENT WHEN IN ANGER
BE COURAGEOUS WHEN IN DISTRESS
BE POLITE WHEN IN AUTHORITHY


Tuesday, March 16, 2010

FIKIR SECARA POSITIF

Mata manusia bila terlihat sesuatu kejadian, secara automatiknya akan menghantar ‘ signal ’ kepada otak. Sel-sel otak kemudiannya akan menimbulkan bermacam-macam andaian dan tanggapan. Mereka yang fikir secara positif akan memudahkan kerja dan tugas seterusnya tetapi bagi mereka yang mempunyai fikiran negatif pula akan menambahkan lagi kerumitan dan terjadilah bermacam-macam cerita dan khabar angin.



Ceritanya :




Sepasang suami isteri menaiki bas penumpang untuk pulang ke kampung. Bila tiba destinasinya pasangan suami isteri pun turun. Bus penumpang itu pun terus bergerak. Tidak jauh bas itu bergerak, sebutir batu besar jatuh dari lereng bukit lalu menghempap bas berkenaan mengakibatkan semua penumpang berkorban.


Menyaksikan kejadian itu, pasangan suami isteri itu berasa kesal mengapa mereka tidak ada di dalam bas itu ! Mengapa mereka menyesal ? Adakah mereka dah bosan dengan kehidupannya ? Adakah mereka ini dalam krisis sehinga mereka nak bunuh diri ? Adalah mereka mempunyai masalah besar yang tidak dapat diselesai ?


Soalan-soalan tersebut merupakan soalan yang terlintas di otak bila baca cerita itu. Soalan yang agak negatif.




MENGAPA KITA TIDAK FIKIR SECARA POSITIF.



JAWAPANNYA :



KALAU PASANGAN ITU TIDAK TURUN DARI BAS, MASA YANG DIAMBIL OLEH PASANGAN UNTUK TURUN DARI BAS ITU AKAN MEMBOLEHKAN BAS BERKENAAN MELEPASI TEMPAT KEJADIAN, MAKA SELAMATLAH NYAWA PENUMPANG DALAM BAS BERKENAAN.



Menurut Lia Nadia Qistina dalam artikalnya :


Ada sangkaan-sangkaan buruk, ada sangkaan-sangkaan baik. Kita lebih banyak terdorong untuk bersangka buruk sebab setiap hari kita bersama orang lain membaca berita, berkata hal serta bercerita yang buruk-buruk terutama ketika saat kita sakit hati pada sikap seseorang.


Untuk melatih diri kita supaya sentiasa bersangka baik, kita perlu berdisiplin. Tidak ada cara lain lagi melainkan berdisiplin. Kita boleh minta orang lain menilai kita dan mengkritik kita supaya kita boleh tahu kita ni berdisiplin atau tidak.


Elak untuk membiarkan fikiran-fikiran dan tanggapan-tanggapan negatif menguasai Anda. Tiap kali Anda dapati fikiran Anda mengarah kepada fikiran negatif, tukar cepat-cepat. Buanglah sangkaan dan fikiran buruk tersebut.


Fikiran buruk menarik situasi-situasi buruk ke dalam kehidupan kita lalu akan menyebabkan kehidupan kita penuh dengan masalah-masalah yang tidak akan berkesudahan.






Monday, February 1, 2010

I CRIED FOR A PAIR OF SHOES UNTIL I SAW A MAN WITH NO FEET

Baru-baru ini pihak-pihak tertentu mendakwa bahawa ratus ribu rakyat Malaysia telah berhijrah, menukar status kerakyatan dan memastautin ke Negara lain. Adakah “ Hujan batu di tempat sendiri, hujan emas di tempat lain ????? " atau dalam pepatah Bahasa Mandarin " bulan di luar negara lebih bulat daripada bulan di negara kita sendiri ???????”

Tajuk perbincangan hari ini mencerita seseorang itu baru sedar bertuah nasibnya selepas menyaksikan keperitan dan keserikan yang dialami oleh orang lain..

Saya amat setuju dengan pendapat YBhg. Datuk Selamat Sukimi, Timbalan Ketua Pengarah, Jabatan Penerangan Malaysia dalam blognya :

“ Sungguhpun dunia mengalami masalah ketidakstabilan ekonomi dan negara kita berada di tengah-tengah kegawatan ekonomi , kita masih bertuah kerana mempunyai kerajaan yang begitu prihatin dan berusaha untuk membantu dan meringankan beban yang ditanggung oleh rakyat. Jika rakyat ingin merasai kesenangan, mereka sepatutnya bantu kerajaan. Mengkritik, mencaci dan mengutuk tidak akan mendatangkan keuntungan kepada sesiapa pun. "

Apatah lagi kepada mereka yang memilih meninggalkan tanahairnya !!!!! ”